Selamat Menyambut Awal Muharram 1444 Hijrah

Alhamdulillah, Di awal permulaan tahun baru hijrah ini, marilah sama-sama kita memperkukuhkan institusi kekuatan jiwa , amal dan niat kita.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Semoga tahun baru ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dan terus bertaqwa dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.

Muhammad Faiz Maula Kamaruddin, RN.
Pengasas merangkap Pengerusi Kebangsaan / Ketua Pesuruhjaya
PERSATUAN BANTUAN MASYARAKAT MALAYSIA (PBMM)