Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Sekali lagi kita bertemu di Eid'ul Adha 1443H. Setelah dua tahun kita tidak menyambutnya dengan kerana rentetan kes covid yang telah melanda hampir dua tahun di negara kita. Tahun ini tahun pengorbanan besar buat diri kita, keluarga dan masyarakat segajat.

Di Eid'ul Adha ini, pulang ke kampung halaman dengan berhati-hati di jalan raya, jangan kita lupa untuk buat penilaian test-covid (swab test) kendiri terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung. Ingat masih ada orang yang tersayang perlu kita jaga di dalam kelompok kecil kita.

Ibadah korban ini juga mendidik setiap dari kita tentang erti kesabaran. Nikmat kesabaran kita pada dua tahun sebelum ini dihasilkan dengan penuh kenikmatan dalam meyambut Eid'ul Adha bersama keluarga dan sanak saudara.

Mewakili seluruh ahli jawatankuasa, sukarelawan Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia, mengucapkan Salam Eid'ul Adha kepada muslimin dan muslimat di Malaysia dan seluruh dunia.

Semoga yang mengerjakan Haji pada tahun ini mendapat Haji yang Mabrur.
Moga amalan kita semua diredhai Allah SWT.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Muhammad Faiz Maula Kamaruddin, RN.
Pengasas merangkap Pengerusi Kebangsaan / Ketua Pesuruhjaya
PERSATUAN BANTUAN MASYARAKAT MALAYSIA (PBMM)