8 Julai 2022 | Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat

Pengerusi Kebangsaan CRS Malaysia, Tuan Muhammad Faiz Maula mewakili CRS Malaysia telah menerima sumbangan dari Y.B. Datuk Haji Hassanuddin bin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat untuk pengoperasian Perkhidmatan Ambulans Komuniti terutamanya dalam Parlimen Hulu Langat.

Beliau telah memberikan kata-kata perangsang dan harapan supaya CRS Malaysia terus bergerak aktif memberikan Perkhidmatan Ambulans dan Bantuan Kecemasan terutamanya di Parlimen Hulu Langat.

In shaa Allah, dengan adanya sumbangan ini, ianya sedikit sebanyak membantu CRS Ambulans Malaysia untuk terus memberikan khidmat terbaik untuk warga Parlimen Hulu Langat khususnya.

Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada YB Ahli Parlimen Hulu Langat.
kerana sudi memberikan sumbangan ini.

Perlukan Bantuan Dan Khidmat Ambulans ?
Harga berpatutan dan boleh dirunding.